Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
sehingga 31 Mei lepas telah berjaya mengutip sekitar 35 peratus daripada
RM127.7 bilion sasaran cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini, kata Ketua
Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.
"Alhamdulillah ia satu
kutipan yang memuaskan, dan dijangka pada suku tahun ketiga dan keempat nanti
apabila syarikat-syarikat membuat pindaan kutipan cukai mereka kita akan mampu
mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya kepada media di Cyberjaya hari
ini.
Pada tahun lepas, LHDN telah
berjaya mengutip cukai sebanyak RM114 bilion.
Dalam pada itu Sabin turut memaklumkan nilai cukai tertunggak buat masa ini
berjumlah antara RM3 bilion dan RM4 bilion yang terkumpul sejak beberapa tahun
lepas.
Terdahulu Sabin meraikan
anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dari sekitar daerah Puchong, Sepang, Banting
dan Kajang di Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
- Bernama