FAQ





From     : xxxx@yahoo.com
To          : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Cukai Perniagaan Individu dan Pinjaman Perniagaan
Date      : 2 Februari 2017

SOALAN

Salam Tuan,

Saya dapat alamat email tuan di blog tuan,saya ingin bertanya..
saya ada bukak company enterprise,perlu ke sy bayar cukai?
dan boleh ke sy ingin memohon loan di mana-mana bank,company yg saya daftar ni dah hampir 2 tahun lebih,

Terima kasih,
Yusri.
_________________________________________________________________________________


Salam Tuan,

Teima kasih atas soalan yang diberi.

Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf diatas kelewatan membalas pertanyaan  Tuan.

JAWAPAN 1
Setiap Individu yang menjalankan Perniagaan di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang disytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah Cukai Pendapatan. Cukai pendapatan tersebut akan jatuh keatas Individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan Enterprise (Milikan Tunggal).

Pengiraan cukai akan dilakukan melalui Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Borang B ini perlu dihantar ke LHDN dan membuat bayaran cukai (sekiranya ada) selewat-lewatnya 30 Jun tahun berikutnya. Sekiranya melalui pengiraan tersebut terdapat cukai perlu dibayar, maka Individu tersebut perlulah membuat bayaran cukai teresebut dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh LHDN. Pembayaran cukai boleh dilakukan melalui online banking atau di kaunter bank/LHDN.

Secara ringkasnya ,




JAWAPAN 2

Bagi memohon pinjaman dari bank, terma dan syarat yang ditawarkan oleh setiap bank adalah berbeza. Tuan perlu merujuk kepada pihak bank untuk mendapatkan maklumat tentang dokumen yang diperlukan. Tempoh perniagaan dijalankan tidak member kepastian dan kelulusan permohonan pinjaman. Penilaian bank tersebut merangkumi kemampuan perniagaan untuk membayar pinjaman, kekukuhan perniagaan dan potensi perniagaan tersebut. Pihak Tuan perlu merujuk kepada bank terlebih dahulu.

Diharap jawapan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak permasalahan pihak Tuan.

Terima kasih
_________________________________________________________________________________





From          :   xxxx
To               :  mr.radzi@yahoo.com
Subject       :  Pengisytiharaan Cukai
Date           :  18 Mac 2016

Soalan :

Assalamualaikum...
Saya dapat maklumat melalui email & website. Saya ada soalan beberapa soalan tentang cukai yang saya tidak faham. Saya baru saja mengambil alih dan tukar nama pemilik sebuah syarikat 'ENTERPRISE' (take over) dari owner yang lama. Jadi saya adalah pemilik tunggal yg baru syarikat ini. Syarikat Enterprise yang baru saja saya ambil alih ini sudah beroperasi hampir selama 10th dan tidak pernah "Declare" cukai.

Soalan Saya :
1.Bolehkah saya pemilik syarikat baru ini "declare" cukai untuk perniagaan yang akan datang saja? tetapi tidak perniagaan yang sebelum ini iaitu "Owner Lama".

2.Adakah saya sebagai pemilik syarikat baru ini akan dikenakan tindakan atau penalti disebabkan "Owner" lama tidak pernah membayar cukai?

3. Setelah "Owner Lama" manarik diri dari syarikat ini, adakah dia masih bertanggungjawab atau LHDN tetap akan mencariya walaupun syarikat ini bukan lagi miliknya setelah namanya sudah dikeluarkan dari SSM atau di Batalkan di SSM?

4. Waktu bilakah saya sebagai pemilik baru syarikat ini boleh Daftar atau Declare pada LHDN?

Semoga pihak tuan dapat menghuraikan dengan jelas soalan soalan saya ini. Saya juga bercadang ingin melantik pihak untuk membuat "Account Declare"untuk syarikat saya, supaya masa akan datang saya mudah berurusan dengan  bank atau apa apa yang berkaitan.


Jawapan :
Assalamualaikum Tuan,
Setiap individu yang menjalankan Perniagaan di Malaysia perlulah mengisytiharkan pendapatan perniagaan mereka. Pendapatan yang disytiharkan akan digunakan untuk pengiraan jumlah cukai pendapatan. Cukai pendapatan tersebut akan jatuh keatas Individu (pemilik) yang akan dikira melalui pengiraan cukai bermula dengan keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka. Pengiraan cukai Individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Tarikh akhir bagi penghantaran dan pembayaran cukai (sekiranya ada) adalah pada 30 Jun setiap tahun.
Bagi pertanyaan Tuan seperti diatas :

1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi perniagaan jenis milikan tunggal tanggungjawab untuk mengisytihar pendapatan akan jatuh keatas individu itu sendiri. Oleh itu, bagi pengisytiharan pendapatan, Tuan perlu mengisytiharkan pendapatan Tuan bermula dari tahun kewangan yang telah diambilalih. Ini adalah kerana cukai bagi perniagaan jenis milikan tunggal akan jatuh ke atas pemilik perniagaan itu sendiri. Sekiranya ingin membuat pengisytiharan bagi tahun sebelum pengambilalihan, maka pemilik sebelum yang perlu membuat pengisytiharaan tersebut.

2. Kebiasaannya tiada penalti yang dikenakan kerana tanggungjawab mengisytiharkan pendapatan perniagaan sebelum ini adalah diatas tanggungjawab pemilik perniagaan sebelum ini.

3.  Pihak kami tidak dapat memastikan samada pemilik lama perniagaan akan dicari oleh pihak LHDN atau tidak selepas pertukaran nama dalam pemilikan perniagaan.

4.  Sebagai pemilik baru perniagaan milikan tunggal ini, tanggungjawab Tuan adalah untuk melakukan pengisytiharaan pendapatan dengan mengemukakan Borang B bermula dari Tahun Kewangan yang telah diambil alih sehingga yang terkini.

Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

Sekian, Terima kasih.
                                                                                                                                                                 

From          :   xxxx 
To               :  mr.radzi@yahoo.com
Subject       :  Perkongsian Liabiliti Terhad
Date           :  6 April 2016

                       
QUESTION

Salam,
My name is xxxx. I own a small enterprise which started operations last year. I'm also earning a salary from a local telco company. I have a few queries which I hope you can help me with :

1.What is your fee to do accounting for my business and help file my taxes?
2. Do you provide company registration services? What is the scope of work?
3. If I want to set up an LLP, do I still have to declare my earnings together with my annual salary or will it be separate like Sdn Bhd?

Hope you can help. Thank you.

Wasalam,

ANSWER

Thanks for the questions.

For your information, any business incorporated in Malaysia is responsible to register and comply with all compliance requirements set by the IRB. Therefore, any income received during business conducted must be declared to the IRB. Income tax imposed will fall on individuals (the owner) if the business is registered as sole proprietorship or Enterprise, but if the business incorporated as a Company then the income tax will fall on the company itself.

1. We do provide services on accounting and tax matters. However, the fee depends on the workload and total revenue of the business. If you are interested in having our services, we are glad to provide a reasonable quotation for you.
2. Here at Radzi & Co., we also provide company registration services. For example :
        i. Company incorporation (Sdn. Bhd.)
      ii. Company tax registration
    iii. GST registration
     iv. MOF, EPF and Socso 
3. Based on section 9(1) of Income Tax Act 1967, all terms and conditions and the basis of making payments shall be documented in the LLP agreement as evidence. Therefore, remunerations or similar payments to partners of an LLP are not allowable for deduction if not specified or provided for in the LLP agreement.
As for partners, they are not liable to tax on their share of income from LLP (whether distributed or not). They will be taxed on remunerations, perquisites and benefits-in-kind received from LLP. The tax treatment for partners is same as Company (Sdn. Bhd.) where Company and Directors will declare both incomes in different tax returns.
In this situation, if you are receiving any salary from other employment and salary as partner of LLP, then you have to declare both salaries in the same tax return which is Form BE assuming there are LLP agreement stated that partners will received salaries from the LLP as mention before.
As for the LLP, you have to declare through Form C and must be submitted and paid (if any tax payable) 7 months after year ended.
Hope this simple explanation answers all your queries.

Thanks.
                                                                                                                                                             

From          :   xxxx 
To               :  mr.radzi@yahoo.com
Subject       :  Perkongsian Liabiliti Terhad
Date           :  15 April 2016

Assalam... Sorry for disturbing..
Dear Sir,
I have a problem n curious about the subject above.. Could sir explain further for me how to treat or calculate the tax?? Is it the treatment is the same with sdn. Bhd.?
Hope sir could reply me as soon as possible...
Tq...

JAWAPAN

Salam Tuan,

Terima kasih di atas soalan yang diberikan.

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) merupakan sebuah badan korporat di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan didefinisikan di bawah Seksyen 2, Akta Cukai Pendapatan. Ia bertujuan untuk memberi pilihan kepada peniaga dan usahawan untuk menjalankan operasi perniagaan supaya lebih kompetitif.

Layanan cukai keatas PLT adalah sama seperti Syarikat (Sdn. Bhd.) dimana PLT dan pekongsi adalah merupakan entiti yang berbeza. Untuk makluman pihak Tuan, tempoh asas PLT adalah sama seperti tempoh asas sesebuah syarikat (Sdn. Bhd.). PLT juga mestilah menyerahkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi suatu tahun taksiran dan cukai pendapatan hendaklah dibayar dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunannya.

Selain itu, PLT juga hendaklah menyerahkan anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi sesuatu tahun taksiran kepada LHDN dan membayar anggaran cukai tersebut secara ansuran bulanan sama seperti sebuah syarikat. Anggaran cukai kena dibayar boleh dipinda dalam bulan ke 6 dan 9 tempoh asas.

Kadar cukai pendapatan bagi PLT yang bermastautin di Malaysia dan jumlah caruman modal pada permulaan tempoh asas tahun taksiran adalah kurang daripada RM 2,500,000 seperti berikut:
Pendapatan bercukai
Kadar cukai (%)
RM 500,00 yang pertama
20%
RM 500,001 dan ke atas
25%

Walau bagaimanapun, kadar cukai 20% di atas tidak terpakai kepada PLT jika lebih daripada :

a) 50 %uman modalnya (dalam bentuk tunai atau benda) dicarum secara langsung atau tidak langsung oleh sebuah syarikat
       b)50% modal berbayar saham biasa syarikat itu dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh PLT itu
     c) 50% caruman modalnya (dalam bentuk tunai atau benda)  PLT itu dan 50% daripada modal berbayar saham biasa syarikat itu dimiliki secara langsung atau tidak langsung oleh sebuah syarikat lain

Untuk maklumat lanjut, pihak Tuan boleh rujuk pada Ketetapan Umum No. 3/2014, Percukaian Perkongsian Liabiliti Terhad di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


Sekian, terima kasih.

                                                                                                                                                                   

From     : xxxx
To         : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Pendapatan dari luar negara
Date     : 8 Januari 2016

SOALAN

Assalam,

Saya baru memulakan perniagaan,, baru baru ini saya mendapat satu projek "Consultation Parking". Pihak syarikat cuma memberi khidmat nasihat kepada syarikat berpengkalan di Colombo, Sri Langka.

Soalan saya:


  1. Adakah bayaran dari syarikat tersebut dikenakan cukai
  2. Bayaran dibuat dengan menggunakan TT
  3. Sekiranya dikenakan cukai, berapa %
  4. Adakah cukai GST juga dikenakan

Sekian harap pencerahan dari Tuan.


Wassalam.


JAWAPAN

Salam Tuan,


  1. Pendapatan mana-mana orang termasuk kilang, yang terakru atau diperoleh di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia tertakluk kepada cukai pedapatan. Mengikut kepada situasi Tuan, bayaran yang diterima hasil dari khidmat nasihat yang diberikan kepada Syarikat yang berpengkalan di Colombo tersebut merupakan suatu pendapatan bagi perniagaan Tuan.

    Untuk makluman, setiap pendapatan yang diterima daripada perniagaan yang dijalankan perlu diisytiharkan ke LHDN. Sekiranya bayaran bagi Syarikat Tuan tersebut diterima di Malaysia, maka pendapatan tersebut hendaklah diisytiharkan melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan. Pegisytiharaan borang adalah berbeza mengikut jenis entiti perniagaan samada Syarikat atau Perniagaan Milikan Tunggal.
  2. Untuk makluman pihak Tuan, cukai yang ditaksirkan bukanlah berdasarkan kepada cara bayaran dibuat. Cukai ditaksirkan ke atas pendapatan yang diterima samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Mengikut kepada situasi Tuan, pembayaran akan diterima didalam Malaysia, oleh itu pendapatan yang diterima itu haruslah diisytiharkan didalam borang cukai nanti.
  3. Kadar kiraan cukai adalah berdasarkan kepada Pendapatan Bercukai. Pendapatan bercukai merupakan pendapatan yang layak untuk dikenakan cukai.

    Oleh itu, bagi mendapatkan Pendapatan Bercukai, pengiraan cukai perlu dilakukan terlebih dahulu supaya dapat menentukan sama ada aka dikenakan cukai pendapatan atau sebaliknya.

    Bagi mendapatkan kadar cukai yang digunakan dalam pengiraan, pihak Tuan boleh merujuk ke laman web www.hasil.gov.my
  4. GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah merupakan cukai yang menggantikan cukai SST dan telah dilaksanakan bermula April 2015. Terdapat 4 syarat wajib yang perlu dipenuhi sekiranya ingin mengaplikasikan GST ke atas Syarikat iaitu:
         
         i. Individu bercukai (Berpendapatan RM 500,000 ke atas)
        ii. Bertujuan menjalankan perniagaan
       iii. Pembekalan barang bercukai
       iv. Perniagaan dijalankan di Malaysia

    Oleh itu, sekiranya pihak Tuan memenuhi kesemua ciri seperti yang dinyatakan, maka pihak Syarikat Tuan wajib berdaftar GST dan seterusnya mengenakan cukai diatas setiap servis yang ditawarkan oleh Syarikat Tuan selepas pendaftaran diluluskan.

    Berdasarkan kepada situasi Syarikat Tuan, tiada GST yang akan dikenkan terhadap klien Tuan yang berada di Colombo kerana ia melibatkan servis yang ditawarkan ke luar negara manakala bayaran diterima dari klien luar negara tersebut juga tidak akan dikenakan GST.

    Adalah amat penting untuk diketahui bahawa cukai pendapatan dan juga cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah merupakan dua cukai yang berbeza. Cukai pendapatan akan dikenakan ke atas pendapatan yang diterima manakala cukai barangan dan perkhidmatan dikenakan ke atas penggunaan.

    Cukai pendapatan hendaklah dilaporkan ke LHDN manakala GST pula perlu dilaporkan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pengiraan bagi menentukan cukai bagi kedua-duanya juga berbeza. Penerangan selanjutnya mengenai GST boleh didapati melalui laman web http://gst.customs.gov.my

    Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

    Sekian, Terima kasih.

                                                                                                                                                                   


KELEWATAN MEMBAYAR CUKAI

Salam En. Radzi,

Pada August 2012, saya bersama kakak saya telah mengambil alih sebuah perniagaan dobi dengan nama pendaftaran baru secara perkongsian. Tetapi saya terlepas pandang soal pendaftaran cukai Syarikat. Sekiranya sekarang saya ingin membuat pendaftaran cukai Syarikat, adakah saya perlu membayar denda dan bagaimanakah jumlah denda itu ditentukan.

Untuk makluman pihak Encik, perniagaan dobi saya ini tidak memberi pulangan seperti yang di harapkan dan agak mengalami kerugian kerana telah di tipu oleh pemilik asal di mana mesin-mesin agak uzur dan perlu di baiki dalam tempoh yang kerap.

Sekian.

Terima kasih.


JAWAPAN

Salam Puan,

Terima kasih atas soalan Puan.

Setiap individu yang menjalankan Perniagaan perlu mengisytiharkan cukai mereka. Cukai yang disytiharkan akan jatuh pada Individu (pemilik) yang akan dikira melalui keuntungan atau kerugian daripada perniagaan mereka. Pengiraan cukai individu akan dilakukan melalui Borang B (Borang untuk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan). 
Untuk menghasilkan keuntungan @ kerugian daripada Perniagaan Puan, semua pendapatan haruslah ditolak dengan perbelanjaan yang telah Puan keluarkan semasa menjalankan Perniagaan Puan selaras dengan Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967. Untuk makluman Puan, segala kos yang Puan belanjakan untuk membaiki mesin-mesin di kedai dobi Puan boleh diletakkan sebagai perbelanjaan untuk Perniagaan Puan.

Keuntungan @ kerugian daripada Perniagaan akan ditambah semula dengan perbelanjaan yang tidak dibenarkan untuk tolakan cukai di bawah Seksyen 33 ACP 1967 serta menolak elaun modal yang terhasil daripada pengiraan aset tetap. Pendapatan berkanun akan terhasil dan pendapatan lain (sekiranya ada) akan ditambah serta pelepasan cukai Individu seperti diri sendiri dan anak-anak akan ditolak untuk menghasilkan pendapatan bercukai. Cukai yang dikenakan akan dikira daripada pendapatan bercukai ini.
Kadar cukai yang akan ditaksirkan adalah berdasarkan kepada jadual yang boleh didapati di dalam laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 
(http://www.hasil.org.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=2&unit=5000&sequ=11)

Puan perlulah melakukan pendaftaran perniagaan Puan kepada LHDN. Selepas pendaftaran dilakukan dan mendapat nombor cukai, Puan haruslah menyerah simpan Borang Cukai kepada LHDN. Oleh kerana perniagaan Puan adalah Perkongsian (Partnership), Borang P juga perlu dihantar bersama-sama dengan Borang B itu nanti.Borang P adalah untuk mengisytihar pemilik perniagaan dan juga untung rugi perniagaan.Tarikh untuk menghantar Borang P dan B tersebut adalah 30 Jun tahun berikutnya dan begitu juga dgn pembayaran cukai (sekiranya ada).

Untuk makluman Puan, sekiranya Perniagaan Puan memperolehi keuntungan untuk tahun tersebut dan ada cukai yang dikenakan kepada Puan, denda akan dikenakan kepada Puan di atas kelewatan menghantar Borang Cukai dan membayar cukai. Jumlah denda yang akan dikenakan pula bergantung kepada pihak LHDN kerana denda yang dikenakan berbeza-beza mengikut kes seperti denda di bawah Seksyen 90, Seksyen 112(3) dan Seksyen 103(4).

Sekiranya Puan mengalami kerugian untuk tahun tersebut, kemungkinan tiada cukai yang akan dikenakan tetapi perkara ini bergantung kepada pendapatan bercukai yang dikenakan. Kebiasaannya tiada denda yang akan dikenakan sekiranya Puan mengalami kerugian kerana tiada cukai yang dikenakan. 

Sekian, terima kasih.

Semoga membantu.


                                                                                                                                                                   

From : xxxxxx
To : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Khidmat Percukaian
Tarikh : 16/1/2015

SOALAN
Salam En. Radzi, Saya berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian & khidmat nasihat daripada syarikat tuan. Untuk pengetahuan, syarikat syarikat saya baru berusia setahun lebih dan sebelum ini masih tidak pernah membuat pengistiharaan cukai kepada lhdn. Cuma sekarang saya terbuka hati untuk melakukannya setelah membaca isi kandungan daripada website tuan. Bagaimanakah proses / prosedur yang perlu saya buat sebelum saya berjumpa dengan tuan dan berapakah anggaran cas perkhidmatan ini?

JAWAPAN
Salam Tuan, Terima kasih kerana Tuan sudi untuk melayari website kami dan juga berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian dan nasihat daripada kami.
Sekiranya pihak Tuan ingin mendapatkan perkhidmatan kami iaitu penyediaan akaun dan penghantaran borang cukai, kami akan memberikan sebutharga(quotation) kepada Tuan. Setelah ditandatangani, barulah pihak kami akan memulakan dengan proses penyediaan akaun Tuan seterusnya penghantaran Borang Cukai.
Selain itu, kami juga memerlukan maklumat asas seperti nilai jualan setahun, aktiviti Perniagaan dan sebagainya bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan quotation untuk pihak Tuan.
Untuk makluman pihak Tuan, Individu yang menjalankan Perniagaan Milikan Tunggal perlu menghantar Borang B (Borang untuk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan). Borang ini perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya. Sekiranya pihak Tuan ingin datang ke firma kami, diminta kerjasama pihak Tuan bagi membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan boleh membuat temujanji dengan menghubungi pihak kami di nombor yang terdapat didalam website. Diharap maklumbalas dari kami ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Tuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...