Mengenai RAC


RADZI & CO. adalah satu pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan penyediaan dan penyelesaian perniagaan. Kami merupakan Firma Akaun yang telah ditubuhkan pada 1 Julai 2009 dan telah berdaftar dengan:
  • Malaysian Institute of Accountants (MIA)
  • Institute of Approved Company Secretaries (IACS)
  • Ejen Cukai di bawah Kementerian Kewangan

Perkhidmatan kami adalah lengkap, menyeluruh dan teliti selepas mengambil kira setiap aspek dari segi keperluan, kehendak dan masalah perniagaan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di Malaysia. Kami juga mempunyai pasukan profesional yang berkelayakan, berpengalaman dan dinamik yang mampu memberikan nasihat yang baik, latihan dan perundingan dalam semua aspek yang mungkin diperlukan dalam bidang perniagaan.

Kami adalah KUMPULAN PROFESIONAL AKAUNTAN, AGEN CUKAI, SETIAUSAHA BERLESEN DAN PERUNDING PERNIAGAAN yang terlatih khusus untuk menasihati dan membantu perniagaan di Malaysia untuk berkembang dengan lebih pesat lagi. Kami telah menceburi dalam bidang perniagaan dan perakaunan ini lebih daripada 10 tahun yang lalu dan dalam tempoh ini, lebih daripada 1000 perniagaan telah berkembang dengan pesat dengan adanya bantuan perniagaan yang disediakan dan diberikan oleh kami.

Matlamat kami adalah untuk meningkatkan perkhidmatan dalam melayani kehendak dan keperluan pelanggan dengan lebih baik. Untuk mencapai matlamat ini, terdapat beberapa objektif yang kami patuhi:
  • Kami sentiasa memperluaskan rangkaian perkhidmatan kami dan meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan untuk menangani keperluan khusus anda.
  • Kami komited untuk membuat sumbangan positif kepada perniagaan anda melalui perkhidmatan terbaik kami dalam pengembangan inovatif disiplin profesional.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...