Khidmat Kami

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk institusi-institusi perniagaan dan korporat yang berkaitan dengan maklumat perakaunan, cukai, undang-undang serta peraturan dan lain-lain perkhidmatan. Laporan kami disediakan dalam format yang begitu komprehensif dan relevan mengikut akta dokumen yang diberikan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Setiausaha Syarikat & Perkhidmatan
  • Khidmat carian nama & maklumat Syarikat
  • Penubuhan Syarikat ( Sdn.Bhd, Berhad,Yayasan & Pertubuhan)
  • Pembatalan nama Syarikat
  • Pembubaran Syarikat
  • Menguruskan Mesyuarat Syarikat beserta Notis Mesyuarat.

2. Perkhidmatan Perakaunan 
  • Menyediakan set penuh Perakaunan ( Bulanan, Berkala & Tahunan)
  • Perakaunan Khusus
  • Memberi khidmat nasihat dalam Pengurusan Perniagaan
  • Menyediakan khidmat nasihat Audit Kewangan, Audit Berkanun, Audit Khas & Audit Penyiasatan ke atas Syarikat
  • Memberi khidmat nasihat dalam percukaian Individu,Syarikat, Koperasi dan sebagainya.
  • Menyediakan khidmat nasihat dalam Perancangan Cukai
  • Pendaftaran & Pembaharuan Lesen Kementerian Kewangan Malaysia dan Status Bumiputra
  • Pendaftaran dengan Agensi Kerajaan
  • KWSP
  • PERKESO
  • LHDN

3. Audit dan Berkanun
Khidmat Runding Pengauditan terhadap entiti seperti Syarikat Sdn. Bhd., Koperasi, Pertubuhan dan Yayasan. Begitu juga dengan Pengauditan Terkhusus (Requested by Specific Jobs)

4. Penasihat & Perunding Cukai
  • KHIDMAT NASIHAT DAN LATIHAN – Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Syarikat terutamanya Sistem Kawalan Dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dsb. 
  • PERCUKAIAN – Menyediakan khidmat nasihat didalam Cukai Perniagaan, Cukai Individu, Cukai Koperasi dan sebagainya. Merancang dan memaksimumkan penjimatan cukai sebaik mungkin dan mengadaptasikan peruntukkan Undang-undang yang sedia ada.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap Syarikat untuk sentiasa mengemaskini Penyata Akaun Kewangan. Borang Penyata Cukai adalah dokumen yang diperlukan oleh setiap perniagaan iaitu pembayar cukai untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

5. Khidmat & Perunding Perniagaan

Menyediakan khidmat latihan dan seminar terhadap Para Pengarah, Syarikat dan Kakitangan terutamanya didalam bidang Peraturan dan Polisi entiti,Sistem Kawalan dalaman, Penstrukturan Perniagaan, Khidmat Nasihat Pengurusan dan sebagainya.

6. Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)



Kami di Radzi & Co, menyediakan perkhidmatan yang sewajarnya bagi membantu syarikat-syarikat yang layak mendaftar GST seperti :-

• Membantu mendaftarkan syarikat mereka
• Membantu syarikat melaksanakan sistem GST
• Memberi khidmat nasihat dan latihan kepada syarikat yang memerlukan

Kami memiliki kakitangan terlatih dalam menguruskan pelaksanaan dan membantu menyelesaikan permasalahan berkenaan GST. 


8. Latihan, Pembangunan & Seminar.
Kami di Radzi & Co, juga menyediakan latihan, pembangunan  dan seminar mengenai

isu-isu berkaitan dengan perakaunan, pengauditan, hal ehwal perniagaan, percukaian, GST dan setiausahaan syarikat. Latihan, pembangunan dan seminar yang kami lakukan adalah anjuran kami sendiri dan kami juga menerima jemputan untuk mengadakannya ditempat anda. 

  

 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...