Monday, January 26, 2015

Potongan Cukai Berjadual (PCB)


SOALAN

Assalamualaikum wbt,

Saya ada pertanyaan, syarikat sdn bhd telah ditubuhkan pada may 2013 dan tutup akaun may 2014. Pengarah syarikat mengambil gaji bulanan rm 5000 dan isteri pula rm 2500, tetapi tidak membuat potongan PCB.Adakah itu salah di sisi undang-undang. Untuk tahun kedua bermula jun 2014 hingga kini masih belum membuat PCB. Bagaimana cara. Boleh bantu saya sebab saya kurang mahir tentang perkara ini.

Sekian terima kasih.

JAWAPAN

Assalamualaikum Puan,

Terima kasih atas soalan yang diberikan.

Setiap Syarikat yang mempunyai pekerja yang menerima gaji berjumlah RM2,800 sebulan hendaklah memastikan bahawa potongan cukai berjadual (PCB) dilakukan keatas pekerja tersebut tetapi pemotongan PCB juga bergantung kepada status Individu tersebut sama ada sudah berkahwin atau bujang. Potongan PCB ini adalah merupakan tanggungjawab majikan (Syarikat). Oleh itu, sekiranya pihak LHDN mendapati tiada potongan PCB dibuat, maka pihak majikan boleh dikenakan penalti diatas kesalahan tersebut.

Untuk membuat potongan PCB ini, majikan hendaklah memastikan bahawa pekerja yang layak membayar cukai mempunyai nombor cukai pendapatan Individu. Nombor cukai tersebut boleh didaftarkan oleh Majikan atau Individu itu sendiri. Potongan cukai ini boleh dirujuk pada jadual seperti pautan ini :


Tetapi sekiranya pekerja yang layak dikenakan PCB tiada fail cukai pendapatan, majikan boleh mengemukakan Borang CP 22 atau Borang "In lieu of CP 39" bersama Borang CP 39 semasa membuat bayaran PCB atau hantarkan ke Unit Khidmat Majikan, Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk mendapatkan fail cukai pendapatan.

Bayaran bagi potongan bulanan dan juga Borang CP89 mesti dihantar ke Cawangan LHDN selewat-lewatnya pada hari ke-10 bulan dan bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan cek/bank deraf/kiriman wang.

Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Puan juga boleh hubungi kami ditalian 019-337 3001 (Whatsapp/Panggilan telefon/Mesej).

Diharap jawapan ini dapat membantu sedikit dalam permasalahan Puan. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...