Friday, January 16, 2015

Khidmat Percukaian

SOALAN
Salam En. Radzi, Saya berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian & khidmat nasihat daripada syarikat tuan. Untuk pengetahuan, syarikat syarikat saya baru berusia setahun lebih dan sebelum ini masih tidak pernah membuat pengistiharaan cukai kepada lhdn. Cuma sekarang saya terbuka hati untuk melakukannya setelah membaca isi kandungan daripada website tuan. Bagaimanakah proses / prosedur yang perlu saya buat sebelum saya berjumpa dengan tuan dan berapakah anggaran cas perkhidmatan ini?

JAWAPAN
Salam Tuan, Terima kasih kerana Tuan sudi untuk melayari website kami dan juga berminat untuk mendapatkan khidmat percukaian dan nasihat daripada kami.

Sekiranya pihak Tuan ingin mendapatkan perkhidmatan kami iaitu penyediaan akaun dan penghantaran borang cukai, kami akan memberikan sebutharga(quotation) kepada Tuan. Setelah ditandatangani, barulah pihak kami akan memulakan dengan proses penyediaan akaun Tuan seterusnya penghantaran Borang Cukai.

Selain itu, kami juga memerlukan maklumat asas seperti nilai jualan setahun, aktiviti Perniagaan dan sebagainya bagi membolehkan pihak kami mengeluarkan quotation untuk pihak Tuan.

Untuk makluman pihak Tuan, Individu yang menjalankan Perniagaan Milikan Tunggal perlu menghantar Borang B (Borang untuk Individu bermastautin yang mempunyai punca pendapatan perniagaan). Borang ini perlu dihantar pada atau sebelum 30 Jun tahun berikutnya. 

Sekiranya pihak Tuan ingin datang ke firma kami, diminta kerjasama pihak Tuan bagi membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Tuan boleh membuat temujanji dengan menghubungi pihak kami di nombor yang terdapat didalam website. Diharap maklumbalas dari kami ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Tuan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...