Friday, January 8, 2016


From     : xxxx
To         : mr.radzi@yahoo.com
Subject : Pendapatan dari luar negara
Date     : 8 Januari 2016


SOALAN

Assalam,

Saya baru memulakan perniagaan,, baru baru ini saya mendapat satu projek "Consultation Parking". Pihak syarikat cuma memberi khidmat nasihat kepada syarikat berpengkalan di Colombo, Sri Langka.

Soalan saya:

  1. Adakah bayaran dari syarikat tersebut dikenakan cukai
  2. Bayaran dibuat dengan menggunakan TT
  3. Sekiranya dikenakan cukai, berapa %
  4. Adakah cukai GST juga dikenakan

Sekian harap pencerahan dari Tuan.


Wassalam.


JAWAPAN

Salam Tuan,

  1. Pendapatan mana-mana orang termasuk kilang, yang terakru atau diperoleh di Malaysia atau diterima di Malaysia dari luar Malaysia tertakluk kepada cukai pedapatan. Mengikut kepada situasi Tuan, bayaran yang diterima hasil dari khidmat nasihat yang diberikan kepada Syarikat yang berpengkalan di Colombo tersebut merupakan suatu pendapatan bagi perniagaan Tuan.

    Untuk makluman, setiap pendapatan yang diterima daripada perniagaan yang dijalankan perlu diisytiharkan ke LHDN. Sekiranya bayaran bagi Syarikat Tuan tersebut diterima di Malaysia, maka pendapatan tersebut hendaklah diisytiharkan melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan. Pegisytiharaan borang adalah berbeza mengikut jenis entiti perniagaan samada Syarikat atau Perniagaan Milikan Tunggal.
  2. Untuk makluman pihak Tuan, cukai yang ditaksirkan bukanlah berdasarkan kepada cara bayaran dibuat. Cukai ditaksirkan ke atas pendapatan yang diterima samada di dalam Malaysia atau di luar Malaysia. Mengikut kepada situasi Tuan, pembayaran akan diterima didalam Malaysia, oleh itu pendapatan yang diterima itu haruslah diisytiharkan didalam borang cukai nanti.
  3. Kadar kiraan cukai adalah berdasarkan kepada Pendapatan Bercukai. Pendapatan bercukai merupakan pendapatan yang layak untuk dikenakan cukai.

    Oleh itu, bagi mendapatkan Pendapatan Bercukai, pengiraan cukai perlu dilakukan terlebih dahulu supaya dapat menentukan sama ada aka dikenakan cukai pendapatan atau sebaliknya.

    Bagi mendapatkan kadar cukai yang digunakan dalam pengiraan, pihak Tuan boleh merujuk ke laman web www.hasil.gov.my
  4. GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah merupakan cukai yang menggantikan cukai SST dan telah dilaksanakan bermula April 2015. Terdapat 4 syarat wajib yang perlu dipenuhi sekiranya ingin mengaplikasikan GST ke atas Syarikat iaitu:
         
         i. Individu bercukai (Berpendapatan RM 500,000 ke atas)
        ii. Bertujuan menjalankan perniagaan
       iii. Pembekalan barang bercukai
       iv. Perniagaan dijalankan di Malaysia

    Oleh itu, sekiranya pihak Tuan memenuhi kesemua ciri seperti yang dinyatakan, maka pihak Syarikat Tuan wajib berdaftar GST dan seterusnya mengenakan cukai diatas setiap servis yang ditawarkan oleh Syarikat Tuan selepas pendaftaran diluluskan.

    Berdasarkan kepada situasi Syarikat Tuan, tiada GST yang akan dikenkan terhadap klien Tuan yang berada di Colombo kerana ia melibatkan servis yang ditawarkan ke luar negara manakala bayaran diterima dari klien luar negara tersebut juga tidak akan dikenakan GST.

    Adalah amat penting untuk diketahui bahawa cukai pendapatan dan juga cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah merupakan dua cukai yang berbeza. Cukai pendapatan akan dikenakan ke atas pendapatan yang diterima manakala cukai barangan dan perkhidmatan dikenakan ke atas penggunaan.

    Cukai pendapatan hendaklah dilaporkan ke LHDN manakala GST pula perlu dilaporkan ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pengiraan bagi menentukan cukai bagi kedua-duanya juga berbeza. Penerangan selanjutnya mengenai GST boleh didapati melalui laman web http://gst.customs.gov.my

    Diharap jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan.

    Sekian, Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...