Saturday, October 24, 2015

Tanggungjawab Pembayar Cukai


Dari      : xxxxxxx
Kepada : mr.radzi@yahoo.com
Subjek  : Tanggungjawab pembayar cukai
Tarikh   : 24/10/2015


SOALAN
Assalamualaikum Tuan,moga dalam lindungan Allah selalu.

Maaf Tuan saya menganggu,
Saya nak tanya, suami saya telah membuka Syarikat Enteprise (perkongsian) pada 11 Julai 2012. Sehingga hari ini Syarikat suami saya belum berdaftar dengan LHDN dan tidak pernah lagi membayar cukai kerana tidak tahu yang Syarikat Enterpise juga wajib membayar cukai sehinggalah saya terbaca di blog Tuan.

Kebanyakan resit dan invois juga sudah tidak ada. Bolehkah Tuan membantu? Adakah Syarikat suami saya memerlukan ejen untuk membuat penyata kewangan kerana suami dan partner memang tidak tahu cara yang harus dilakukan.

Saya berharap agar Tuan dapat memberikan jawapan dan pandangan.
Jika Syarikat suami saya ingin menggunakan khidmat Syarikat Tuan boleh ke?

Terima kasih


JAWAPAN
Assalamualaikum Puan,

Untuk makluman Puan, setiap perniagaan yang dijalankan bertanggunggjawab untuk mendaftar di LHDN  dan mematuhi segala pematuhan yang telah ditetapkan oleh LHDN. Mengikut dari maklumat Puan, perniagaan Puan telah dijalankan bermula Tahun 2012.

Tetapi sekiranya perniagaan Puan tidak aktif pada Tahun 2012 dan mula aktif pada tahun selepas itu, maka pendaftaran hendaklah dilakukan sebaik sahaja perniagaan itu aktif. Mengikut maklumat yang Puan berikan, perniagaan ini merupakan perniagaan jenis perkongsian. Oleh itu, pendaftaran yang perlu dilakukan ialah untuk :
  •           Pekongsi 1
  •           Pekongsi 2
  •           Perniagaan

Perniagaan seperti diatas bermaksud, entiti perniagaan perkongsian itu sendiri perlu didaftarkan untuk mendapatkan fail nombor cukai. Pada kebiasaannya, perniagaan jenis perkongsian akan membuat perjanjian diantara pekongsi mengenai pembahagian keuntungan dan elaun modal. Tetapi sekiranya tiada perjanjian yang dibuat dan dipersetujui, maka pembahagian keuntungan dan elaun modal hendaklah sama rata iaitu 50% - 50%.

Setiap Individu yang menjalankan perniagaan perlu menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdasarkan Seksyen 77A(1). Apabila pekongsi ingin mengisytiharkan cukai individu masing-masing, maka pekongsi harus lah mengistiharkan pendapatan yang diterima dari perniagaan.
  
Untuk makluman Puan, bagi perniagaan jenis Perkongsian, peniaga perlu menghantar dua jenis borang iaitu :

  • Borang B (Borang Untuk Individu Bermastautin Yang Mempunyai Punca Pendapatan Perniagaan). Tarikh akhir bagi penghantaran Borang B ialah 30 Jun tahun berikutnya. (Setiap Pekongsi.
  • Borang P (Borang Nyata Perkongsian). Tarikh akhir bagi penghantaran Borang P ialah 30 Jun tahun berikutnya.

Adalah dinasihatkan agar Puan menyediakan akaun Perniagaan dengan tepat untuk mendapatkan maklumat Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang betul. Maklumat ini diperlukan bagi mengisi Borang P dan B untuk dihantar ke LHDN selain perlu disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang.

Harap penjelasan kami ini dapat membantu merungkaikan kekeliruan Puan.

Sekian, terima kasih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...