Friday, November 25, 2016

Pelakon Harry Potter, Rupert Grint kehilangan £ 1m dalam kes bayaran balik cukai.

Pelakon Harry Potter iaitu Rupert Grint telah gagal dalam kes bayaran balik cukai berjumlah £ 1m . Pelakon tersebut, ditaksirkan mendapat hasil sekitar £ 24m hasil lakonan sebagai watak  Ron Weasley dalam siri filem Harry Potter. Rupert Grint telah gagal dalam perbicaraan mahkamah untuk menerima bayaran balik cukai sebanyak £ 1m.

Hakim telah menolak rayuan pelakon tersebut melawan pihak HM Revenue and Custom kerana didapati mengubah tarikh perakaunan untuk melindungi pendapatan beliau dengan kadar cukai 50% yang lebih tinggi.

Hakim Barbara Mosedale menyatakan bahawa Grint, 27, telah mengikuti nasihat daripada penasihat cukai, Clay & Associates untuk menukar tarikh perakaunannya supaya pendapatan beliau selama 20 bulan akan ditaksirkan pada tahun 2009-2010.

Hakim memaklumkan bahawa Grint ingin membawa ke hadapan kepada liabiliti tahun sebelumnya untuk pembayaran bernilai “lapan bulan” pendapatan yang kena dibayar dalam tahun cukai 2010-2011 (tahun kadar atas cukai meningkat daripada 40% kepada 50%). Hakim Mosedale berkata jika perubahan tarikh telah diterima, ia akan membawa kepada penjimatan 10% ke atas pendapatan - kira-kira £ 1m, menurut akauntan Grint.

Kadar 50p dibawa masuk oleh Labor Government semasa hari terakhir dalam usaha untuk melindungi kewangan awam berikutan krisis perbankan. Ia telah dimansuhkan dua tahun kemudian oleh bekas Canselor, George Osborne.

Menolak rayuan Grint, Hakim memutuskan bahawa dia telah gagal untuk menunjukkan perubahan yang telah dilaksanakan di bawah seksyen 217 Akta Cukai Pendapatan (Perdagangan dan Lain-lain Pendapatan) 2005 kerana dia tidak mempunyai akaun menunjukkan tempoh perakaunan yang betul bagi perubahan itu.

Hakim menegaskan ia bukan sebahagian daripada kes HMRC bahawa Grint terlibat dalam pengelakan cukai.

Semasa perbicaraan, Grint, yang pertama kali muncul dalam filem Harry Potter seawal usia usia 12, telah mengakui bahawa pengetahuan beliau dalam hal ehwal kewangan "agak terhad", dan bahawa dia telah menyerahkan urusan percukaiannya kepada bapanya, Nigel dan  akauntan beliau, Dan Clay. Hakim berkata dalam ketetapan bahawa dia telah menyatakan dengan jelas "bahawa dia meletakkan kepercayaannya kepada bapa dan akauntan untuk berurusan dengan hal ehwal kewangan beliau".


Sumber dari : https://www.theguardian.com/film/2016/aug/09/harry-potter-actor-rupert-grint-loses-1m-tax-refund-case

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...