From
: xxxx
To
: mr.radzi@yahoo.com
Subject : Pengisytiharan Cukai
Date : 11 Januari
2017
SOALAN
Assalamualaikum
Encik,
Saya ada membuka perniagaan tunggal Enterprise pada april 2014 dan saya tidak tahu menahu berkaitan dengan perlunya declaration untuk cukai sehinggalah saya terbaca dari blog tuan.
Bolehkah
saya hanya buat declaration akaun untuk 2016 sahaja dan bolehkan akaun tersebut
hanya dibuat oleh saya secara kasar dan tulisan tangan?Saya sangat buntu dan
takut.
Tambahan
pula perniagaan tidaklah terlalu maju dan tidak banyak untung malah rugi.sekian
tq
JAWAPAN
Assalamualaikum Tuan,
Untuk makluman, pendapatan perlu diisytiharkan bermula
dari perniagaan dijalankan. Ini adalah kerana, berdasarkan
Seksyen 7, Akta Cukai Pendapatan 1967 setiap pendapatan yang diterima dalam
Malaysia perlu diisytiharkan ke LHDN.
Ia tidak menjadi masalah
sekiranya akaun perniagaan dilakukan secara manual tanpa menggunakan sebarang
perisian perakaunan.
Tetapi adalah dinasihatkan
agar Puan menyediakan akaun bagi Perniagaan bagi mendapatkan maklumat Penyata
Pendapatan dan Kunci Kira-Kira yang tepat. Maklumat ini diperlukan bagi mengisi
Borang B untuk dihantar ke LHDN selain perlu disimpan sebagai rujukan pada masa
akan datang.
Dalam penyediaan akaun bagi
Perniagaan, pihak Puan perlulah menyimpan segala resit-resit perbelanjaan dan
baucer jualan sepanjang tempoh perakaunan tersebut. Selain itu, penyata bank
juga penting dalam proses penyediaan akaun.
Cukai pendapatan akan
dikira melalui Borang B tersebut melalui hasil keuntungan atau kerugian
perniagaan. Sekiranya terdapat cukai perlu dibayar, maka pemilik perniagaan
perlu membuat bayaran cukai mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Disini kami lampirkan proses
perakaunan dan pengiraan cukai yang perlu dilakukan bagi setiap pemilik
perniagaan (Lampiran 1).
Sekiranya
perlu, pihak Puan boleh mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif
seperti akauntan, dalam perkara-perkara berkaitan Penyata Pendapatan dan Kunci
Kira-Kira Perniagaan Puan.
Semoga jawapan ini dapat
membantu.
Terima kasih.