Tuesday, March 7, 2017

SEMAK STATUS SEKATAN PERJALANAN SEBELUM KE LUAR NEGARA





Sekatan perjalanan dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat yang gagal menjelaskan tunggakan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau cukai korporat.

Sekatan perjalanan ke luar negara merupakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 terhadap pembayar cukai yang gagal membayar tunggakan cukai mereka walaupun notis peringatan diberikan.

Orang ramai boleh membuat semakan di laman web http://sspi2.imi.gov.my/.
 

Sumber: Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...