KUALA LUMPUR: Pemandu Uber dan
Grab yang mendapat pendapatan minimum RM30,000 setahun, wajib membayar cukai
pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
Datuk Sabin Masitah.
Katanya, pembayaran cukai
berkenaan dikenakan terhadap pemandu Uber dan Grab sepenuh masa atau sambilan,
jika pendapatan tahunan mereka mencecah pendapatan minimum itu.
"Bagi pemandu Uber dan Grab
sambilan, jika pendapatan tetap dan sambilan berjumlah RM30,000 setahun, mereka
juga perlu membayar cukai pendapatan, " katanya pada sidang media selepas
berucap di Majlis Hi-Tea LHDN bersama Media di sini, hari ini.
Katanya, tindakan akan diambil
jika mereka gagal mengisytiharkan sumber pendapatan mereka.
"Jika mereka kata tiada
rekod (sumber pendapatan) kami ada kaedah untuk cari dapatan maklumat individu
berkenaan.
"Antaranya, menerusi dokumen
pembelian harta tanah kerana mereka akan tandatangan mematikan setem. Selain
itu, maklumat boleh diperoleh daripada bank melalui Laporan Transaksi Tunai (CTR)
dan Laporan Transaksi Mencurigakan, " katanya.