Tuesday, June 13, 2017

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan petisyen penggulungan terhadap Syarikat Amira Ventures Sdn. Bhd.

Image result for lhdn image


Kuala Lumpur, 28 April 2017 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan petisyen Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi menggulung Syarikat Amira Ventures Sdn. Bhd. atas kegagalan syarikat tersebut membayar amaun cukai tambahan berjumlah RM 4,088,578.51 untuk tahun taksiran 2007 dan 2008.

Tindakan petisyen diambil oleh LHDNM berdasarkan kepada penghakiman yang telah diperolehi pada 21 November 2013 dan 22 November 2013. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, YA Dato’ Ahmad Zaidi bin Ibrahim membuat keputusan tersebut setelah mendengar hujah Peguam Hasil Mohamad Ezmeer Zulkarnaen bin Asnizar, manakala Amira Ventures Sdn. Bhd. tidak diwakili peguam.

Amira Ventures Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2002 dan merupakan pemegang Approved Permit (AP) yang menjalankan perniagaan menjual, mengimport dan mengeksport kenderaan berjenama.


Kenyataan Media LHDNM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...